NBY Engineering & Services secara rasminya didaftarkan pada 1 Mac 2011 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kuantan, Pahang . NBY Engineering & Services beroperasi di No.38, Tingkat 2, Jalan Dato' Wong Ah Jang, 25300 Kuantan, Pahang.
Jenis Perniagaan yang didaftarkan di bawah SSM adalah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Alam Sekitar dan Konsultan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
Berdasarkan permintaan yang amat menggalakkan di dalam perniagaan, NBY Engineering & Services telah mengembangkan sayap perniagaan dengan tertubuhnya cawangan baru di Shah Alam. Pada 25 Julai 2012, NBY Engineering & Services cawangan Shah Alam telah didaftarkan di dalam SSM.
NBY Engineering & Services sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan selaras dengan komitmen pihak pengurusan.