Polisi


POLISI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Adalah dengan ini, NBY Engineering & Services komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja, pelawat dan kontraktor.

Berikut adalah komitmen NBY Engineering & Services selaras dengan kenyataan di atas;

  • Untuk menyedia dan menyelenggara tempat kerja & sistem kerja yang selamat dan sihat,
  • Untuk memastikan setiap pekerja, pelawat & kontraktor diberikan maklumat dan penerangan bagi menjalankan kerja tanpa risiko,
  • Untuk menyiasat semua kejadian (Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Penyakit & Keracunan) selaras kehendak perundangan.
  • Untuk memastikan semua kehendak perundangan (FMA 1967, OSHA 1994 & EQA 1974) dipatuhi,
  • Untuk mengkaji polisi ini jika perlu.

NBY Engineering & Services yakin bahawa kerjasama antara majikan dan pekerja dapat memberikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.


POLISI PELANGGAN

Adalah dengan ini, NBY Engineering & Services komited untuk memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik selaras dengan misi pihak pengurusan.

0 comments:

Post a Comment